Mata adalah salah satu daya penarik pada wajah kita, bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Hihihi. Jadi memang patutlah kita ambil tahu petua hilangkan hitam bawah mata supaya nampak segar. Hilangkan hitam bawah mata perlukan cara yang betul dari segi penjagaan dalaman dan luaran.

Tapi kita perlu tahu juga sebab terjadinya eyebag dan lingkaran hitam bawah mata supaya kita boleh elakkan dan rawat di masa akan datang.

cara atasi eyebag dan dark circle

 

Kenapa Terjadinya Eyebag Dan Lingkaran Gelap Bawah Mata?

 

  • Struktur Kulit: Kita perlu faham bahawa kulit di sekitar mata adalah paling nipis berbanding yang lain. Akibatnya, kulit mudah untuk kendur, berkedut dan kurang bermaya. Binaan asas kulit adalah protein, oleh itu boleh jadi disebabkan kekurangan protein dalam badan menyebabkan kulit tidak bermaya, dan proses penggantian kulit lambat berlaku. Kolagen juga memainkan peranan untuk kulit tegang dan beri keanjalan (elastin) pada kulit. Jadi sangat penting untuk kita dapatkan sumber protein dan kolagen supaya bantu kulit bawah mata tidak kendur dan menghasilkan eyebag.
  • Faktor Usia/Penuaan: Semakin meningkat usia, tubuh kita kehilangan banyak zat, dan keperluan nutrisi juga meningkat. Kolagen adalah salah satu komponen yang semakin susut apabila kita semakin berusia. Kehilangan kolagen menyebabkan struktur kulit menjadi kendur.
  • Alergi/alahan: Apabila seseorang mendapat alahan akibat pengambilan makanan tertentu yang tidak sesuai, kawasan sekitar mata menjadi gatal dan tabiat menggosok mata menyebabkan darah memenuhi saluran darah di bawah mata dan menjadikan mata kelihatan agak gelap.
  • Kurang/Terlebih tidur: Kurang tidur atau terlebih tidur boleh sebabkan bawah mata menjadi gelap dan kelihatan sembab. Hal ini terjadi faktor mata yang stress dan saluran darah di sekitar mata yang mengalami ketegangan atau kendur.
  • Terdedah terlalu lama pada matahari: Matahari mengandungi sinaran Uv A dan Uv B yang memberi kesan kepada kulit wajah kita antaranya sunburn. Akibat terdedah terlalu lama kepada matahari, kawasan sekitar mata juga berisiko sunburn. Mata juga boleh menjadi kering dan pedih.
  • Mata tegang/stress: Mata yang tegang dan stress berpunca daripada sinaran/cahaya yang masuk ke dalam mata seperti menghadap handphone, pc, atau televisyen. Jadi untuk elakkan eyebag dan lingkaran gelap akibat mata stress, limitkan penggunaan alat telekomunikasi dan tidak melihat di dalam gelap terutamanya.
  • Genetik: Faktor genetik juga punca masalah ini. Cuba lihat kepada ibu atau bapa anda adakah kelihatan lingkaran gelap bawah mata dan seakan-aka seperti apa yang anda alami.
  • Anemia: Anemia akibat kurang zat besi menyebabkan kadar haemoglobin rendah. Bila Hb rendah, pengangkutan oksigen tidak efisyen, mata menjadi pucat. Juga menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Ambil supplemen seperti folic acid dan zinc untuk membantu masalah ini.

Rasa Lebih Yakin Bila Tiada Masalah Mata Panda

Apabila melihat wajah kita, orang akan tertumpu pada bahagian mata dan pipi terutamanya. Mata boleh menunjukkan keadaan tubuh badan kita sama ada kita penat atau stress dan sebagainya. Apabila kelihatan eyebag di bawah mata mungkin menunjukkan yang kita tidak cukup tidur atau faktor-faktor lain.

Selain itu, seri wajah juga akan naik bila kurang eyebag di sekitar mata. Kita juga akan rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang. Jika kita boleh memilih untuk hilangkan eyebag dengan cara cepat dan berkesan, kita akan rasa lebih berkeyakinan untuk mulakan hari baru setiap hari.

 

Petua Hilangkan Hitam Bawah Mata Dan Eyebag

Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Cara hilangkan eyebag juga bergantung kepada penjagaan wajah secara berterusan, faktor pemakanan dan tidur yang cukup.

Berikut adalah cadangan cara hilangkan eyebag dan lingkaran gelap sekitar mata secara alami dan moden:

  • Timun – Ramai yang sudah tahu bahawa timun dapat mengembalikan kesegaran kepada mata. Cara ini paling mudah dan murah. haha. Letakkan 2-3 hiris timun yang sejuk ke atas mata selama 10-20 minit, anda akan dapati mata kelihatan bermaya dan eyebag juga berkurangan selepas itu. Untuk kesan yang optimum lakukan secara kerap dalam 1 minggu.
  • Kentang – Selain timun, kentang juga membantu hilangkan eyebag, kesan yang paling baik simpan timun semalaman di dalam peti sejuk dan hiriskan seperti timun tadi letakkan selama 15 minit di atas mata. Enzim yang banyak di dalam kentang membantu hilangkan eyebag.
  • Putih telur – Putih telur juga membantu mata menjadi tegang. Kacaukan putih telur dan sapu di bawah mata, anda akan ras tegang pada kulit, biarkan selam 10 minit dan bilas dengan air.
  • Makanan berkhasiat – Pemakanan amat memberi kesan kepada tindak balas tubuh badan kita. Kekurangan zat surih di dalam badan juga menjadi faktor terjadinya eyebag. Ambil makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makan supplemen Multivitamin dan juga Vitamin B12 untuk memperbaiki masalah eyebag.

 

Penyelesaian Optimum Hilangkan Hitam Bawah Mata Secara Cepat, Mudah dan Berkesan

 

Youth Restoring Eye Treatment

Youth Restoring Eye Treatment Shaklee

 

Youth Shakee Eye Treatment atau dikenali sebagai Youth Restoring Eye Treatment merupakan satu lagi produk terbaru yang berkualiti tinggi mengandungi pelbagai fungsi yang memberikan manfaat anti-penuaan hebat. Youth Eye Treatment ini memberi solusi yang terbaik untuk mata letih, kering dan sembap.

  • Mengandungi Peptide Blend unik yang dibuktikan dalam kajian klinikal dapat mengurangkan penampilan garis serta kedutan di kawasan sekeliling mata dan kedutan di sisi luar lipatan mata dalam tempoh seawal 7 hari.*
  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam.**
  • Membantu hilangkan kedutan mata dan menegangkan serta elak dehidrasi(mata kering) sekeliling mata.**
  • Mempunyai cooling tip berfungsi menyegarkan dan memberi tenaga di kawasan mata dengan urutan lembut di sekeliling mata.

 

 

 

%d bloggers like this: