Betul ke Kafein Hilangkan Mengantuk dan Keletihan?

Biasa kita dengar dan buat, kalau nak hilangkan mengantuk kena ambil minuman berkafein seperti kopi. Ya saya sendiri akui keberkesanan minum kopi bila nak hilangkan mengantuk terutama masa zaman belajar dulu. Biasalah student dengan stay up malam tak dapat dipisahkan. Petua yang selalu saya buat, saya akan minum masa mata dah terlalu mengantuk, lepas minum saya akan terus tidur. Tapi memang tidur tu takkan lama. Paling lama 15-20 minit kemudian saya bangun semula sebab minuman tadi dah beri kesan pada badan saya. Selepas bangun tu lah saya akan mula buat kerja.

Macamana minuman berkafein ni boleh hilangkan mengantuk dan bagi kita tenaga untuk bejaga? Sebenarnya hal ini disebabkan kawalan pada bahagian otak kita selepas pengambilan minuman kafein. Dalam otak kita ada sejenis cecair kimia yang dipanggil dopamine iaitu sejenis neurotransmitter. Dopamine ini dihasilkan bila bahagian CNS di otak kita terima isyarat ‘pleasure’ salah satu nya kesan daripada pengambilan kafein.

caffeine dopamine depletion

Kafein dapat merangsang penghasilan dopamine yang boleh bangkitkan mood, tingkatkan fokus dan kepekaan. Jadi sebab tu lah bila minum kopi atau minuman berkafein yang lain dapat hilangkan mengantuk. Namun, kesannya hanya lah untuk jangka masa pendek sahaja. Pengambilan untuk tempoh yang kerap akan buatkan individu tersebut ketagihan kepada minuman berkafein ini.

Kafein juga memang dapat kurangkan keletihan untuk jangka masa yang pendek kerana keupayaan fizikal menigkat selepas pengambilan. Tapi, jika seseorang individu telah ketagihan kepada kafein dan cuba untuk berhenti daripada minuman ini, kesannya mungkin akan menyebabkan keletihan, sakit kepala dan nausea.

5 Tips Kekal Tenaga Selain Pengambilan Kafein

Kita boleh elakkan minuman kafein atau kurangkan pengambilan dengan 5 Tips yang saya kongsikan dalam entri kali ini. Pengambilan kafein bukan lah sesuatu yang buruk namun akan jadi kesan yang buruk apabila berlebihan sehingga ketagihan yang melampau. Kesan untuk jangka masa panjang akan menggangu kualiti tidur dan proses kawalan neurotransmitter. Boleh amalkan tips yang saya kongsikan ini untuk dapatkan kualiti tenaga yang baik;

 

1. Tidur Yang Kualiti

Untuk kekal bertenaga pada waktu-waktu kita bekerja, tetapkan jadual tidur yang betul dan dapatkan tidur yang berkualiti. Dengan cara ini kita akan dapat rehatkan badan dan minda supaya bekerja dengan baik pada waktu kita bekerja. Hal ini dapat kita latih melalui jadual yang efisien dan kawalan minda.

Tetapkan masa yang paling tinggi fokus untuk kita buat kerja-kerja yang penting seperti di awal pagi. Pastikan pada sebelah malam kita dapatkan tidur yang cukup paling baik jam 11 malam sehingga 5 pagi.

Di siang hari cari waktu untuk ‘take a nap’ walaupun hanya 10 minit. Hal ini dapat membantu kita lebih bertenaga dan bekerja dengan lebih baik.

 

2. Amalkan Makanan Sihat

Tubuh kita sememangnya perlukan makanan untuk kekal bertenaga. Pada waktu pagi pastikan kita ambil sarapan pagi. Ambil sarapan yang ada kandungan karborhidrat seperti roti, nasi atau mi. Kandungan karborhidrat ini dapat beri tenaga kepada tubuh.

Juga, kita boleh ambil minuman manis sekali sehari iaitu pada waktu pagi. Waktu makan tengahari pastikan kita amalkan makanan yang berkhasiat, ada kandungan protein; ayam, ikan, daging dan sayuran, ada kandungan buah-buahan, dan sebaik nya elakkan minuman manis pada waktu ini jika kita telah makan nasi berlauk. Hal ini untuk jaga kandungan gula dalam tubuh kita. Untuk elakkan rasa mengantuk selepas makan tengahari, tunggu sehingga 10-15 minit selepas makan baru lah minum air.

 

3. Lakukan Senaman

Senaman amat penting untuk tubuh kekal sihat. Senaman juga dapat jadikan tubuh badan tinggi stamina yang mana dapat elakkan badan cepat rasa letih. Bila kita amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali sebulan, badan akan lebih bertenaga kerana otot-otot kita dirangsang untuk lebih bekerja. Dengan senaman juga dapat keluarkan toksik daripada tubuh apabila kita berpeluh.

Individu yang amalkan senaman pasti akan rasa lebih sihat dan bertenaga untuk lakukan aktiviti harian kerana badan lebih cergas apabila banyak keluar kan peluh daripada tubuh.

 

4. Elak Tekanan

Tekanan iaitu stress boleh sebab kan hilang fokus dan kualiti kerja. Apabila kita rasa tertekan, badan akan turut rasa letih kerana minda kita tidak dapat kawalan yang efisien.

Masa juga akan banyak dibazirkan akibat stress kerana kita mungkin perlu ulangi kerja yang sepatut nya siap dengan baik. Akibatnya semakin bertambah tekanan. Jadi, jika rasa tertekan cuba berfikir positif dan tidur sebentar jika perlu.

 

5. Supplemen secara bijak

Supplemen adalah makanan tambahan yang tubuh kita amat perlukan. Pengambilan supplemen secara bijak dapat beri faedah yang terbaik sebagaimana tubuh perlukan. Dalam tubuh manusia terdapat berjuta-juta sel. Sel-sel ini yang bekerja sepanjang masa untuk pastikan tubuh dalam keadaan baik.

Dalam setiap sel terdapatnya mitochondria untuk tukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga ATP. Tenaga ini diperlukan oleh setiap organ untuk berkerja. Salah satu supplemen terbaik untuk tenaga terutama kepada jantung adalah CoQ10. CoQ10 Shaklee ini merupakan supplemen yang amat disarankan untuk terus kekal bertenaga sepanjang hari.

CoQ-Trol Plus mengandungi manfaat CoQ10

CoQ10 ini boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Namun apabila meningkat nya usia kita, kadar CoQ10 akan menurun iaitu seawal usia 20 tahun lagi. Tambahan pula, bagi individu yang mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolestrol dalam darah yang dikenali sebagai statins, kadar CoQ10 dalam tubuh nya turut akan menurun sehingga 40% penurunan. Maka individu ini sangat memerlukan pemakanan yang dapat menyokong penghasilan CoQ10.

Jadi saya amat sarankan pengambilan supplemen CoQ10 untuk tubuh badan anda supaya kekal cergas dan sihat. Anda boleh dapatkan rundingan percuma daripada saya sebagai pengedar sah Shaklee.

WA/CALL : 011-17110595
%d bloggers like this: