Pengalaman beberapa kawan saya yang mengidap Gastrik Gerd Anxiety  dahulu banyak membantu saya menegnak sakit ini. Gastrik Gerd dan Anxiety adalah saty penyakit yang berasingan namun boleh menyebabakan andatara satu sama lain terutama Anxiety. Kebanyakkan pesakit akan mula mengambil berat tentang sakit ini apa bila ia sudah sampai tahap Anxiety yang kronik yanga mana ketika gastrik biasa tiada siapa yang terfikir bahawa ia sangat bahaya untuk kehidupan terutama mental mereka.

Saya mempunyai 3 orang kawan yang mengidap Gastrik Gerd dan Anxiety. da yang sudah hampir 10 tahun dan bergantung dengan ubat penenang sahaja. Ada yang masih baru setahu dua mengidap dan sakit itu datang dan pergi. Ada yang berterusan dan terpaksa hidup dalam keadaan Anxiety dan alahan pada makanan. ternyata sakit ini adalahj penyakit yang membahayakan kehidupan . Pesakit selalunya mengalami kemerosotan kerjaya, perhubungan dan kehidupan sendiri akibat Anxiety.

Saya juga seperti oarang lain dahulu yang mengangganp Anxiety ini adalah penyakit berkaitan mianan fikiran. Namun setelah saya ssendiri mendekati orang yang mengidap sakit ini kbaru saya tahu bahawa ia ada kaitan dengan perut Gastrik & GERD . Kebayakkan mereka yang mengidap sakit ini mempunyai alahan makanan. Walaupun masih ramai yang tidak sedar tentang pemakanan mereka , tapi itu lah yang terjadi jika mereka ti dak mengambl berat tentang apak yang mereka makan. Salah seorang kawan saya telah berjaya mengembalikan kehiduypanya semula dengan menjaga pemakananan dan nutrisi. Malah kawan saya ni adalah yang paling lewat diserang Anxiety berbanding kawan-kawan yang lain, tapi dia yang sembuh dahulu dari kawan yang sudah hampir 10 tahun mengidap anxiety. bila ditanya katanya ” faham sakit ini, faham mengapa ia terjadi dan elakkannya insyallah semakin baik ” .

Saya lihat kawan saya ni sangat menjaga pemakanan. Jika keluar bersama memang dia tak makan macam dahulu. ada banyak yang tak boleh. saya lihat sendiri pun rasa seperti tak seronoknya sebab banyak benda tak boleh makan. Tapi  disebabkan itu lah juga saya lihat kawan ssaya semakin baik dan boleh hidup macam biasa semula dari sebelumnya tak keluar rumah, murung , ketakutan dan mudah berdebar. Kehidupan memang merosot seh9ingga kan suami pun tak boleh kerja nak jaga dia. memang tak macam diri dia yang sebenar seorang yang sangat aktif dab berani.

Alhamdulillah takj sampai 1 tahun kami dah dapat keluar bersama semula dan dia dah boleh menjalani kehidupan seperti biasa semula. Apa yang saya nampakj dia amalkan pemakanan yang sihat serta suppliment sebagai bantuan . Yang saya tahu dia memang tak makan sebarang ubat penenang mengikut apa yang dia ceritakan pada saya. Setiap kali saya kaan nampak dia membawa sekotak pill box berisi vitamin. ” aku kena bawa kemana-mana dan makan vitamin ”

Kalu kita tak cuba faham Anxiety dan kaitan GAstrik sertra Gerd dengan mental. Kita tak akan tahu apakah sakit ini wujud atau mainan fikiran, Kita juga tak akan faham bahawa dengan gastrik biasa kita hadapi seharian boleh melarat kepada penyakit mental. Saya kini memgambil langkah berjaga-jaga dengan gastrik saya selepas kawan saya kongsikan tentang kaitan Gastrik & Anxiety. Saya pengemar kopi, tapi selepas tahu saya kurangkan banyak kopi dari menu harian saya. Saya jaga waktu makan dan jaga stress. Kerana kawan saya juga bermula dengan stress dan tabiat pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur. Tidur malam yang tak teratiur juga.

Sejak Covid 19 ni lagi ramai saya lihat orang mengidap Anxiety. Mungkin stress dengan kehidupan sekarang di tambah dengan keadaan perut mereka yang mungkin sudah lama tidak sihat dan tunggu masa sahaja nak trigger anxiety.

Anxiety bukanlah perkara pada mentak sahaja. Ia berkaitan dengan corak pemakanan dan cara menangani stress. Perut dan otak mempunyai komunikasi 2 hala. Apa yang perut rasa otak akan rasa. Apa yang otak rasa perut akan rasa.

Jika anda mengidap anxiety mungkin anda juga boleh menambah informasi tentang anxiety supaya dapat membantu anda. Anda juga boleh mendapatkan informasi dari bekas pengidap Anxiety di Gastrik Gerd Anxiety

Jaga kesihatan , pemakanan dan tekanan anda. Kerana semakin maju zaman berubah semakin ramai orang mengidap Anxiety .

 

%d bloggers like this: