Alhamdulillah dah masuk 10 terakhir Ramadhan tahun 2019. Syukur Allah masih pinjamkan usia untuk beramal. Rasa kejap sangat masa berlalu sedar tak sedar dah nak berakhir Ramadhan :”)

Bulan yang penuh barakah, keampunan daripada dosa-dosa, dilipat gandakan pahala amalan dan bulan yang terdapat malam yang paling bermakna Lailatul Qadr. MashaAllah besar rahmat Allah atas kita semua.

(sambung semula post tergendala..hahaha suka buat lagu tuhh) – edited 23/7/2019

Bulan Ramadhan tahun ni adalah istimewa dan memang Ramadhan bulan yang paling istimewa kan. Tahun ni amani mengandungkan anak yang ke-3 dah 8 bulan usia kandungan ni. So agak letih juga kadang-kadang berpuasa tapi seboleh-boleh nak tahan daripada berbuka sebab yakin pasti boleh. Alhamdulillah Allah izin untuk dapat berpuasa dalam sarat mengandung, tapi ada jugak lah hari yang kecundang..hihii.

 

%d bloggers like this: