CoQ10 adalah supplemen terbaik untuk kesihatan jantung

Coenzyme Q10 atau CoQ10 adalah supplemen yang baik bagi individu yang sering mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Hal ini kerana keadaan yang dirasai mungkin berpunca daripada degupan jantung yang agak perlahan walaupun ia normal disebabkan kekurangan CoQ10 dalam badan.

CoQ10 adalah nutrien yang mengandungi banyak antioksida berfungsi untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular. CoQ10 ini perlu sebagai sumber antioksida dan juga penting dalam penghasilan tenaga. Manfaat ini dapat meningkatkan fungsi jantung dan kesihatan jantung kita.

 

Jom kenali CoQ-Trol Plus Shaklee

CoQ-Trol Plus mengandungi Coenzyme Q10 iaitu dipanggil CoQ10 yang sangat dikenali sebagai sumber nutrien untuk manfaat terhadap tenaga jantung. Kini, Shaklee telah ‘improved formula’ untuk produk ini iaitu dengan kandungan :

100mg of CoQ10

Resveratrol

Tocopherol

CoQ-Trol Plus mengandungi manfaat CoQ10

 

Formulasi terbaru CoQ10 Shaklee tambah baik dengan kandungan istimewa Resvaratrol yang terkandung dalam Vivix Shaklee seperti entri yang saya tulis tentang Keistimewaan dan Kehebatan Vivix. Resveratrol ini banyak terdapat pada buah anggur terutama pada kulit buah anggur yang fungsi nya untuk memelihara buah anggur daripada rosak akibat fungus dan kulat. Dalam kajian klinikal, Resveratrol ini sangat penting untuk melindungi sel DNA dalam tubuh badan kita  daripada ancaman radikal bebas yang boleh akibat kan pelbagai penyakit seperti kanser dan sakit jantung.

 

Baca info lanjut yang dikongsi oleh Dr. Zubaidi Hj.Ahmad dan Utusan Online di sini:

http://drzubaidi.com/blog/suplemen-coq10-membqntu-meningkatkan-kecergasan/ 

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_06.htm

 

 

Tenaga Jantung

Letakkan tangan di dada sebelah kiri. Apa yang kita rasa? Syukur….Allah masih pinjamkan jantung yang berdegup pada saat ini. Tapi pernah ke kita fikir adakah jantung kita ini sihat dan cukup tenaga untuk bekerja selagi masih dipinjam kan hayat?

Tenaga dihasilkan daripada mitochondria di dalam sel kita  yang bertindak tukarkan makanan yang kita makan kepada bentuk tenaga untuk sel-sel bekerja. Kepentingan utama mitochondria ini adalah bertanggungjawab menghasilkan 90% tenaga yang diperlukan bagi kelansungan hidup dan menyokong fungsi organ-organ di dalam tubuh.

Kaitan antara CoQ10 dengan mitochondria seperti kaitan antara spark plug (palam pencucuh) dan enjin kenderaan. Kewujudan enjin bagi memastikan kenderaan dapat bergerak manakala spark plug adalah elemen di dalam enjin yang dapat memastikan enjin itu berfungsi dengan baik. Jadi, CoQ10 adalah seumpama spark plug untuk memulakan proses penghasilan tenaga (menukarkan makanan kepada tenaga ATP).

CoQ10 ini boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita. Namun apabila meningkat nya usia kita, kadar CoQ10 akan menurun iaitu seawal usia 20 tahun lagi. Tambahan pula, bagi individu yang mengambil ubat untuk menurunkan tahap kolestrol dalam darah yang dikenali sebagai statins, kadar CoQ10 dalam tubuh nya turut akan menurun sehingga 40% penurunan. Maka individu ini sangat memerlukan pemakanan yang dapat menyokong penghasilan CoQ10.

Gambar ini menunjukkan tahap penurunan CoQ10 selari dengan peningkatan usia:

Kadar penghasilan CoQ10 pada bahagian jantung adalah yang paling rendah apabila usia bertambah. Jantung adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga kerana mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh badan kita.

Kita mahu pastikan jantung sihat supaya dapat mengepam darah dengan baik. CoQ10 membantu kuatkan otot jantung dan tingkat kan tenaga bagi jantung untuk bekerja.

Menurut laporan paparan artikel Utusan Online bertarikh 10 Oktober 2017, di negara ini, golongan lelaki yang berusia 50-an ke atas adalah yang paling ramai mendapat serangan jantung. Namun, tidak kurang juga bagi golongan lelaki yang berusia 30-an mendapat serangan jantung terutama bagi yang aktif, obes dan merokok. Serangan jantung biasanya dikaitkan dengan lapisan kolestrol yang berada pada salur darah yang mengakibatkan salur darah menjadi sempit dan darah yang mengangkut oksigen tidak sampai kepada jantung. Terdapat juga faktor-faktor lain serangan jantung.

Jika individu yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi mengambil statins iaitu ubat untuk turun kan kadar kolestrol, individu ini juga perlu mengambil CoQ10 sebagai supplemen untuk kuatkan tenaga jantung kerana kesan ubat ini mengurangkan penghasilan semula jadi CoQ10 oleh tubuh.

CoQ10 juga merupakan antioksidan yang kuat untuk melindungi salur darah daripada rosak atau terkoyak akibat daripada molekul kolestrol yang teroksida.

Kenapa perlu ambil CoQ10?

Keperluan harian CoQ10 adalah sebanyak 100mg sehari bagi menampung keperluan tubuh. Cuba kita lihat dalam gambar ini, berapa banyak makanan yang perlu kita ambil sehari untuk pastikan kita dapat sumber CoQ10 yang cukup?

Rasanya cukup ke pengambilan makanan kita?

1 tablet CoQ-Trol Plus Shaklee mengandungi 100mg CoQ10 yang kita perlukan.

Selain daripada manfaat terhadap tenaga jantung dan jantung yang sihat, CoQ10 juga penting untuk manfaat lain seperti:

  • Sistem pembiakan yang sihat
  • Kulit yang cantik dan berseri
  • Tingkatkan memori dan fungsi otak
  • Tenaga yang berpanjangan

Saya akan kongsikan lebih banyak manfaat CoQ10 lagi dalam entri seterusnya. Pada entri kali ini saya fokus kan kepada manfaat CoQ10 khas untuk kesihatan jantung kerana jantung merupakan organ paling utama dalam badan kita 😉

 

 

Saya nak dapat kan CoQ10 Shaklee sekarang!

Dapatkan CoQ10 Shaklee daripada saya kerana saya merupakan pengedar sah Shaklee. Saya akan berikan konsultasi terbaik kepada anda serta nasihat berkaitan pengambilan supplemen dan pemakanan sihat.

Call/WA: 011-17110595 (Puan Nur)

JANTUNG IBARAT ENJIN KEHIDUPAN. JIKA ANDA BERHENTI, JANTUNG MASIH TETAP JALAN. TETAPI JIKA JANTUNG BERHENTI ANDA PASTI JALAN.

HARGAI JANTUNG HARGAI HIDUP.

011-17110595

 

%d bloggers like this: