Jeragat di muka biasanya berada di kawasan pipi, hidung atau dahi. Bila sebut tentang jeragat pasti kita bayangkan keadaan kulit muka yang bertompok-tompok berwarna coklat dan ada juga yang berwarna gelap. Jeragat buatkan kulit nampak kusam serta boleh hilang keyakinan diri.

Jeragat kebiasaannya terjadi kepada wanita yang lebih berusia iaitu sekita 40an . Namun, akibat keadaan persekitaran dan gaya hidup masa kini, ramai wanita telah mendapat jeragat pada usia muda. Seboleh-bolehnya kita nak elakkan jeragat sebab kesannya boleh jadi kekal ke atas kulit atau sukar untuk dihapuskan. Pasti seram kan?

Jadi, dalam entri ini saya kongsikan 6 punca jeragat yang wajib anda tahu untuk mudahkan rawatan.

 

6 Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu

 

Jeragat pada kulit muka juga dikategorikan sebagai pigmentasi yang boleh disebabkan oleh pelbagai punca tetapi saya kongsikan 6 punca jeragat yang utama:

1. Sinaran Matahari

Sinaran matahari terdiri daripada sinar uvA dan uvB. Sinar uvA akan masuk ke dalam lapisan dermis (bahagian dalam) yang boleh merosakkan kolagen, elastin dan salur darah. Sinar uvB akan masuk ke dalam lapisan kulit epidermis (bahagian atas) yang menyebabkan sunburn dan kulit nampak gelap.

cara pudarkan jeragat

Sinaran uvB ini akan merosakkan melanin kulit yang akan menghasilkan pigmentasi atau jeragat di bahagian kulit. Jadi, penting untuk kita pakai krim pelindung (uv protection) sebaiknya yang mengandungi spf 30 ke atas. Penting untuk kita pelihara kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama secara berterusan kerana berisiko menyebabkan kanser kulit. Pengambilan nutrien yang mencukupi juga sangat penting untu pelindungan daripada dalam seperti Vitamin E.

 

2. Radikal bebas

cara atasi jeragat berkesan

Radikal bebas akibat pencemaran akan merosakkan struktur luaran kulit seterusnya menjadi punca jeragat dan kulit kusam. Radikal bebas juga boleh disebabkan oleh stress (tekanan).Stress yang berpanjangan dan tidak dikawal mengakibatkan struktur dalaman kulit rosak dan merosakkan kolagen pada kulit. Jadi anda perlu bijak kawal stress!

 

3. Perubahan hormon

jeragat dan rawatan

Wanita dan perubahan hormon amat sinonim kerana wanita banyak mengalami keadaan yang berbeza-beza seperti haid, mengandung dan bersalin. Perubahan hormon akibat hamil dan bersalin juga memberi kesan kepada kulit.

Ramai wanita yang hamil atau selepas bersalin mengalami gejala kulit menjadi gelap dan keadaan ini hilang selepas tempoh waktu tertentu. Penting untuk wanita hamil dan selepas bersalin mendapat nutrisi yang mencukupi.

 

4. Faktor Usia

Jeragat juga disebabkan peningkatan usia. Apabila usia meningkat struktur kulit berubah dan banyak kehilangan nutrien penting sepeti melanin. Ada juga disebabkan oleh faktor keturunan dan terjadi nya hiperpigmentasi.

 

5. Salah Pilih Produk

Ramai yang salah guna produk kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit dan kandungan bahan yang merosakkan kulit. Pada awalnya kulit nampak cerah dan berkesan hilangkan jeragat tapi lama-kelamaan kulit  menjadi semakin teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari. Bukan itu saje, apabila tidak gunakan produk tersebut secara berterusan, kulit mula menunjukkan perubahan seperti tumbuh jeragat baru atau jeragat lama semakin teruk kondisinya.

 

6. Kekurangan Vitamin B12

Vitamin B12 antara vitamin yang penting untuk kulit. Vitamin B12 bantu elakkan masalah kulit kusam dan berjeragat kerana ia lindungi melanin supaya penghasilan jeragat dapat dicegah. Jadi, penting untuk kita ambil Vitamin B12 sebagai supplemen harian.

 

Cara Hilangkan Jeragat & Rawatan Yang Selamat

 

 

%d bloggers like this: