Cara Bijak Pilih Supplemen bergantung kepada bagaimana anda menilai dan pengetahuan terhadap sesuatu produk . Cara Pilih Supplemen penting supaya kita tak tersalah pilih produk dan mendapat kesan yang tidak diinginkan selepas penggunaan.

Sebelum memberi tips Cara Paling Bijak Pilih Supplemen, saya kongsikan antara kesilapan pengguna dalam memilih sesuatu produk.

Kesilapan Biasa Buat Bila Nak Pilih Produk

Terpedaya Dengan Testimoni Semata-mata

“Akak nak putih comey dop? Haa hat ni memang terbaik untuk kak. Sebab dijamin putih dalam 3 hari jah. Angkat 2 set terus kak. Dah comey bagitahu kawan pulak deh”

Macam tu lah lebih kurang bunyinya yang biasa didendangkan kepada pelanggan. Bila dengar putih dalam 3 hari memang rasa wow sangat. Tetapi deep inside kepada bahan-bahan dan kandungan produk yang memberi kesan seawal 3 hari pernahkah difikirkan? Akhirnya, pengguna yang akan tanggung kesan akibat salah pilih produk dan tidak ketahui cara pilih supplemen dengan betul.

Perlu diingatkan bahawa testimoni bukanlah bukti atau kajian saintifik yang boleh diguna pakai 100% untuk membuktikan keberkesanan produk apatah lagi keselamatan kepada pengguna. Jadi, pengguna harus berhati-hati dan janga terpedaya denga testimoni semata-mata.

 

Pilih Produk Kerana Harga Yang Ditawarkan

Terdapat juga pengguna yang memilih sesuatu produk kerana harga. Ada yang memilih kerana harga yang murah dan ada juga yang memilih kerana harga yang mahal. Mahal atau murah harga sesuatu produk bukanlah kayu ukur yang jitu untuk memilih produk. Produk yang berkualiti tidak semestinya mahal dan tidak juga terlalu murah. Para pengguna haruslah mengkaji dari aspek yang betul untuk memilih sesuatu produk terutama yang akan masuk ke dalam tubuh badan seperti supplemen.

 

Pengaruh Produk Viral Dan Iklan Di Media Sosial

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, kita bukan sahaja dapat maklumat daripada radio mahupun televisyen sepeti dahulu, malah akses kepada maklumat begitu pantas hanya di hujung jari. Media sosial merupakan antara medium pemasaran paling berkesan dan beri pengaruh yang tinggi untuk dapatkan pembeli. Terdapat pengguna yang gemar cuba produk apabila terlihat pengaruh iklan di media sosial mahupun produk yang viral dalam tempoh waktu tertentu. Walaupun individu itu tidak memerlukan produk tersebut atau tidak mengetahui kandungan produk tetapi dek kerana pengaruh yang kuat maka sanggup untuk mencuba terlebih dahulu. Jika tidak punya pengetahuan Cara Pilih Supplemen dengan betul, risiko untuk mendapat kesan buruk di kemudian hari amat tinggi seperti kerosakan pada organ hati dan buah pinggang.

Justeru, para pengguna perlu bijak dan ketahui Cara Pilih Supplemen dengan betul.

 

4 Cara Paling Bijak Pilih Supplemen

 

 

 

%d bloggers like this: